Laman Utama

Khamis, 16 Jun 2011

Pengenalan

Penjodoh Bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama kata bilangan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu kata nama.

Contoh : baris, berkas, ikat, jambak, kawan, gugus, rangkai, deret.

Terdapat sekumpulan penjodoh bilangan yang walaupun dirangkaikan dengan awalan 'se-' yang bermakna ' satu' atau perkataan 'satu', masih mengandungi makna 'kumpulan', yakni lebih daripada satu dalam satu kumpulan.

Contohnya seangkatan, sebaris, seberkas, seikat, sejambak, sejambangan, segugus, sekawan, sekelompok, sekumpulan, selonggok, serangkai, serumpun,sesikat dan setandan.

Bahagian ini dibangunkan oleh Men Siew Ling

Set Induksi

Bahagian ini dibangunkan oleh Tan Hooi Ling

Nota

Penjodoh Bilangan
Penggunaan
Contoh
batang
Untuk benda-benda yang panjang, bulat dan keras
Pensel, jalan, sungai
bentuk
Untuk benda yang melengkung
Cincin, subang, batang kail
biji
Untuk benda yang kecil dan bulat
Buah-buahan, bola, guli
buah
Untuk benda yang padu dan tidak mempunyai bentuk tetap
Kampung, pulau, tasik
buku
Untuk benda yang berbuku atau berketul
Sabun, benang, roti
bungkus
Untuk benda yang sudah dibalut
Nasi lemak, gula, biskut
hiris
Untk benda yang dipotong nipis-nipis
Bawang, timun, daging
keping
Untuk benda yang rata, nipis, dan lebar
Biskut, gambar, kad
potong
Untuk benda yang dipotong
Kek, kuih, daging
pucuk
Untuk benda yang halus atau nipis dan senjata api
Surat, pistol, poskad
sikat
Untuk buah pisang yang masih melekat pada sisihnya
Pisang
tongkol
Untuk buah yang bertongkol
Jagung

Bahagian ini dibangunkan oleh Khor Huey Lu

Penutup

Bahagian ini dibangunkan oleh Liong May Chen dan Lim Siew Suan