Laman Utama

Khamis, 16 Jun 2011

Pengenalan

Penjodoh Bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama kata bilangan untuk menunjukkan jumlah atau bilangan sesuatu kata nama.

Contoh : baris, berkas, ikat, jambak, kawan, gugus, rangkai, deret.

Terdapat sekumpulan penjodoh bilangan yang walaupun dirangkaikan dengan awalan 'se-' yang bermakna ' satu' atau perkataan 'satu', masih mengandungi makna 'kumpulan', yakni lebih daripada satu dalam satu kumpulan.

Contohnya seangkatan, sebaris, seberkas, seikat, sejambak, sejambangan, segugus, sekawan, sekelompok, sekumpulan, selonggok, serangkai, serumpun,sesikat dan setandan.

Bahagian ini dibangunkan oleh Men Siew Ling

Tiada ulasan:

Catat Ulasan